Please note that JavaScript and style sheet are used in this website,
Due to unadaptability of the style sheet with the browser used in your computer, pages may not look as original.
Even in such a case, however, the contents can be used safely.

  1. Home
  2. News
  3. NEC Corporation of Malaysia memperkenalkan penyelesaian pengecaman wajah NeofaceĀ® buat julung kalinya di Malaysia

NEC Corporation of Malaysia memperkenalkan penyelesaian pengecaman wajah NeofaceĀ® buat julung kalinya di Malaysia sebagai sebahagian daripada keupayaan keselamatan awam

Kuala Lumpur, 12 Ogos 2014 – NEC Corporation of Malaysia akan memperkenalkan penyelesaian Pengecaman Wajah NeoFace® di Malaysia buat julung kalinya, sebagai sebahagian daripada tawaran keselamatan awam NEC. NEC akan menyertai sebagai penaja utama untuk acara Keselamatan Awam & Keselamatan Dalam Negeri Asia 2014 yang akan berlangsung di Grand Millennium Kuala Lumpur Malaysia dari 12 hingga 14  Ogos 2014.

 

Set penyelesaian NeoFace® merangkumi NeoFace®Reveal, perisian yang dikhususkan untuk penggunaan forensik yang merakam imej wajah dari fotograf dan tempat kejadian jenayah dan yang ditingkatkan dan dikodkan untuk dipadankan dengan wadah gambar wajah.  NeoFace® Watch akan turut dipamerkan, yang direka bentuk untuk pengguna keselamatan operasi. Ia disepadukan dengan sistem pengawasan video yang sedia ada dan berfungsi secara mengekstrak wajah dalam masa nyata dari kamera, kemudian terus memadankannya dengan senarai amatan individu untuk mencetuskan amaran.  

 

Teknologi pengecaman wajah NEC bergantung pada algoritma Pengkuantitian Vektor Pembelajaran Menyeluruh (GLVQ) yang membolehkan pengesanan wajah dan pengekstrakan ciri wajah berkelajuan tinggi dan berketepatan tinggi. Teknologi ini telah diguna pakai di seluruh dunia untuk tujuan keselamatan, seperti untuk pengawasan CCTV, kawalan sempadan, penguatkuasaan undang-undang, imigresen dan lain-lain lagi.

 

Keupayaan keselamatan awam NEC Corporation of Malaysia di Malaysia merangkumi penyelesaian untuk penguatkuasaan undang-undang, pengawalan imigresen, perkhidmatan pentadbiran awam serta kerjasama antara agensi, untuk meningkatkan keselamatan kerajaan dan perniagaan di Malaysia.

 

“NEC Corporation of Malaysia beriltizam untuk membangunkan penyelesaian keselamatan awam inovatif yang akan menyumbang kepada sektor awam dan industri yang berkaitan di Malaysia. Kepakaran dan pengalaman kami termasuk berjaya menyediakan pengecaman wajah dan teknologi biometri untuk pihak kerajaan dan perniagaan sejagat. Melalui teknologi canggih kami yang dapat memberi risikan yang diperlukan untuk bertindak balas terhadap ancaman keselamatan, kami tidak sabar-sabar hendak bekerjasama dengan agensi-agensi keselamatan dan kerajaan untuk memastikan keselamatan individu dan komuniti terjaga", kata Andrew Lee, Pengarah Urusan NEC Corporation of Malaysia.

 

Teknologi pengecaman wajah NEC telah mencapai penilaian prestasi yang tertinggi dalam Ujian Vendor Pengecaman Wajah (FRVT) 2014 baru-baru ini yang dijalankan oleh U.S National Institute of Standards and Technology (NIST)*. Keputusan ujian menunjukkan ketepatan pencarian NEC serta kelajuan algoritma pengecaman wajah untuk carian imej yang jelas sekali mengatasi para pesaingnya. Laporan NIST dianggap sebagai tanda aras industri untuk menilai sejauh mana tepatnya penyelesaian perisian pengecaman wajah dalam satu carian hingga banyak carian dalam pelbagai keadaan.

 

* http://biometrics.nist.gov/cs_links/face/frvt/frvt2013/NIST_8009.pdf

 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyelesaian biometri NEC, layari web site.

 

###


 

Perihal NEC Corporation of Malaysia Sdn. Syarikat yang pada asalnya ditubuhkan sebagai NEC Malaysia Sdn Bhd pada bulan Mac 1988, NEC Corporation of Malaysia Sdn. Bhd (“NEC Corp Malaysia”) ini ialah pembekal penyelesaian lengkap untuk barisan menyeluruh IT, perangkaian dan telekomunikasi serta teknologi paparan NEC di Malaysia. Melalui gabungan perkakasan dan perisian NEC bersama pihak ketiga lain untuk memberikan kelebihan saing kepada para kliennya, NEC Corp Malaysia turut menyediakan pelbagai penyelesaian penyepaduan sistem, rekaan analisis dan sistem proses perniagaan, kepakaran teknikal, pelaksanaan dan latihan serta perkhidmatan sokongan melalui Pusat Sokongan NECare-nya yang memberikan perkhidmatan menyeluruh ke seluruh negara, 24 jam sehari sepanjang minggu. Layari laman sesawang kami di: http://my.nec.com/.

 

 

Perihal NEC Asia Pacific Pte Ltd

Syarikat NEC Asia Pacific yang beroperasi di Singapura ini ialah ibu pejabat serantau untuk NEC Corporation (Ibu Pejabat: Jepun) di rantau Asia Pasifk (Selatan dan Asia Tenggara dan Oceania). Sebagai pembekal teknologi infokom dan penyepadu sistem terkemuka yang menawarkan sokongan dan rundingan jualan dan perkhidmatan serantau, NEC APAC membangunkan penyelesaian pada rangkaian pembawa, identiti global, RFID, pelayan perusahaan, komunikasi bersatu, paparan multimedia dan pusat hubungan, serta menyediakan khidmat sumber luar dan terurus.

 

Untuk menggunakan pengaruh kepakaran teknologinya, NEC APAC telah menubuhkan pusat kecekapan serantau untuk keselamatan awam dan penyelesaian paparan untuk mengembangkan keupayaan dan kepakarannya bagi menyokong perniagaan di rantau Asia Pasifik.

 

Sejajar dengan Wawasan Kumpulan NEC untuk merealisasikan masyarakat maklumat yang mesra insan dan dunia, NEC memulakan daya usaha tanggungjawab sosial korporat untuk menyokong Alam Semula Jadi (persekitaran), Pendidikan dan Masyarakat. Sila layari http://sg.nec.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.

 

 

HUBUNGAN MEDIA:

 

NEC Asia Pacific

 

Masako Hirano

+65 6379 2570+65 6379 2570

+65 9018 6652+65 9018 6652

M-hirano@nec.com.sg

 

Cherie Ho

+65 6379 2571+65 6379 2571   

+65 9615 7590+65 9615 7590

cherieho@nec.com.sg

Share: